Thursday, April 4, 2019

Bercuti Di Pulau Redang


Bagi mereka yang mengenali aku pasti perasan jika aku ke Terengganu dan berhajat untuk ke Pulau Redang pasti aku akan menginap di Resort yang sama, iaitu Laguna Redang Island Resort.


Biasanya kami akan menginap selama 3 hari 2 malam, tetapi pernah juga ambil lebih sehari :)










Pertama kali menjejakkan kaki ke pulau, seusai majlis persandingan bersama isteri membuatkan aku terus jatuh hati dengan tempat ini yang mana beberapa tahun selepas itu aku kembali disini bersama isteri dan anak sulung kami, 
Adam Ar Rayyan.



Kali ketiga aku pergi bersama-sama dengan keluarga teman rapat pada 2016



Kami sekeluarga kembali lagi ke sana pada 2017, membawa bersama ahli baru dalam keluarga.












Kenapa aku suka menginap disini?
Ini adalah sebabnya : 
  • harga pakej mengandungi segalanya! – airport transfer, boat transfer, termasuk makanan dan pastinya bilik.
  • Pemandangan super awesome, beach view, pool view ataupun garden view.
  • Pantai Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih mulus
  • Boleh mandi laut sampai puas, hanya beberapa langkah ke pantai dari resort 
  • Pelbagai Kemudahan



Bila stay dekat sini, jangan risau pasal kemudahan sebab segalanya ada disini. Kalau dah rasa malas nak mandi laut, Resort ini juga ada kolam renang yang besar dan luas khas untung penginap di Resort.

Rasa nak lepak minum? 

Dekat sini pun ada café yang feeling nya rasa macam situasi di dalam kebanyakan filem antarabangsa.



Segalanya ada disini, jadi tiada apa perlu dirisaukan lagi. Aku memang suka tempat ni sampaikan bila terasa nk ke Redang, aku dan isteri masih tidak mampu untuk mencuba menginap di Resort lain.

Mungkin ada yang berpendapat tempat ini mahal, tetapi bagi aku sangatlah berbaloi.



Semoga di lain masa ada rezeki lagi ke sini.

No comments:

Post a Comment