Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Penang memang syurga makanan!
Mencari tempat makan best di Penang? Tetapi tidak pasti yang mana? Di sini kami senaraikan 25 tempat makan menarik di Pulau Pinang 2019 yang patut anda pergi, jadi teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Nasi Kandar Deen Maju
Imej via Foursquare
Tidak dinafikan, kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang.
Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.
Tetapi harus diingatkan, ini belum tentu menjaminkan makanan itu ada jika anda tiba atas pukul 8 malam. Kalau habisnasib tidak menyebelahi anda, mungkin makanan semua sudah lincin. Ayam gorengnya dikatakan terbaik dan wajib diambil jika makan di sini.
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Hameed Pata Mee Sotong
Satu lagi restoran yang sangat popular di Pulau Pinang. Terkenal dengan menu Mee Goreng Sotong, restoran ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 lagi!Selain Mee Goreng Sotong, minuman ini juga sangat laku di sini – Coconut Shake. Sambil anda mengenakan Mee Sotongnya yang cukup istimewa, bolehlah anda menghirup Coconut Shake yang sangat menyegarkan tekak!
Alamat: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Hameediyah Beriani
Kedai ini merupakan antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang, sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula! Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya dan Murtabak, dijamin enak!
Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Laksa Pokok Janggus,Kampung Perlis Balik Pulau
Pernah terdengar tentang menu Laksa Penang? Tidak dinafikan laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah.Selain laksa, anda juga boleh mencuba menu yang terlaris di sini iaitu ABC.
Keenakannya berganda-ganda jika dikenakan semasa cuaca panas-panas bersama Laksa Penang yang menjadi kegemaran ramai!
Alamat: Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang
Astaka Taman Tun Sardon
Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini, tetapi kami sangat mengesyorkan anda untuk mencuba menu yang paling unik di sini iaitu Serabai.
Serabai? Tidak pernah dengar, bukan? Menu ini merupakan lempeng tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan disajikan bersama kuah sirap gula melaka dan santan. Kemanisannya sangat memikat!
Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi lemuni. Menu yang cukup unik ini sebenarnya kelihatan seakan-akan nasi lemak, cuma warna nasinya sedikit gelap. Unik dan menyelerakan!
Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang
Cargas Cafe Bayan Lepas
Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing lagi bagi mereka.
Keistimewaan utama di sini terletak pada kari ikan, sambal sotong dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk sudah kehabisan, kerana menu-menu ini memang laku keras!
Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Restoran Sup Hameed
Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di Restoran Sup Hameed. ‘Best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, ia terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent sahaja!
Antara sup yang terbaik di sini ialah sup kambing, sup ayam dan sup lembu. Sup-sup yang sangat istimewa ini lebih enak jika dikenakan bersama beberapa keping roti kosong. Bukan sahaja sedap rasanya, malah mengenyangkan!
Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Kapitan Restaurant
Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown . Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.
Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Cucur Udang Chowrasta
Cucur udang disini memang lain dan antara paling sedap kami pernah cuba dalam Malaysia. Tidak percaya? Cubalah datang ke sini. Memang sedap, kami tak tipu!
Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Memang terangkat!
Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru
Jika anda mencari tempat makan ikan bakar yang menarik, apa kata anda jengah ke kedai ini. Berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang, kedai Nurul Ikan Bakar Special antara kedai makanan yang menjadi pilihan ramai jika mereka singgah di sini.
Anda boleh memilih untuk makan di dalam ataupun lepak di luar di bawah redupan pokok. Suasana kedai makan yang cukup santai merupakan antara punca ianya begitu disukai ramai.
Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang
Nasi Kandar Kampung Melayu
Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, tidak sahlah jika anda tidak mencuba nasi kandar! Nasi Kandar Kampung Melayu yang mula beroperasi sejak tahun 1970 ini merupakan antara restoran nasi kandar yang paling terkenal di Pulau Pinang,
Tidak keterlaluan jika kami katakan yang keenakan nasi kandar di sini memang tiada tandingan. Hal ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang sanggup beratur panjang dan berebut tempat parkir semata-mata untuk merasai nasi kandar di sini!
Restoran ini menghidangkan beraneka jenis lauk seperti ayam goreng, kari kepala ikan dan banyak lagi. Kuah banjir yang menjadi tarikan istimewa di sini juga tidak terkecuali!
Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Burger Ayam Goreng NJoy
Tempat ini mula menjadi bualan orang ramai dek kerana burgernya yang dikatakan enak tak terrhingga. Tempat yang dimaksudkan adalah gerai burger yang terletak di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas iaiu Burger Ayam Goreng Njoy
Sinonim dengan namanya, burger ayam goreng di sini cukup nikmat rasanya! Isi ayam yang lembut dan rangup di luarnya menjadi kunci utama menu ini begitu istimewa.
Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
Nasi Ayam Misai
Namanya sahaja sudah unik! Kedai yang terletak di Kompleks Bukit Jambul ini adalah satu tempat patut anda terjah untuk merasai nasi ayam yang enak. Anda pasti akan menyukai kuah kicapnya yang sedap.
Nampak biasa-biasa sahaja tetapi percaya kepada kami, ianya sangat sedap. Bukan sahaja penggemar nasi ayam, malah orang lain juga akan turut jatuh cinta dengan menu di sini, anda wajib cuba!
Alamat: 8C, Jalan Rumbia, Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Sani Char Koey Teow
Char Kuey Teow merupakan antara menu yang paling terkenal di Pulau Pinang di samping nasi kandar dan roti canai. Di Sani Char Koey Teow, anda pasti akan berpuas hati dengan Char Koey Teow yang disajikan.
Saiz hidangan yang besar, lauk yang banyak dan kuah Char Kuey Teow yang pekat merupakan antara punca utama menu ini begitu digemari ramai. Anda wajib mencubanya sendiri, dijamin enak dan mengenyangkan!
Alamat: , Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Ilyana Cafe, Teluk Kumbar
Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang.
Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan. Cukup enak dikenakan bersama nasi putih panas!
Alamat: 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Astaka Padang Brown
Astaka ini pula untuk mereka yang mencari tempat makan keluarga pada waktu malam. Jika anda ke sini, antara menu yang boleh dicuba adalah supnya yang cukup berempah dan mempunyai aroma yang sangat memikat.
Selain itu, anda bolehlah makna secara berjemaah celop-celopnya yang tidak kurang enaknya! Boleh dikatakan ada berbagai jenis celop-celop di sini, anda pasti rambang mata,
Alamat: Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang
Mee Pitchay
Untuk mereka yang sukakan masakan bergoreng, astaka Medan Suri Sungai Nibong antara tempat yang anda boleh kunjung. Boleh dikatakan tempat makan untuk peminat mee goreng mamak. Mee rebus antara menu yang disyorkan, kesemuanya enak-enak belaka!
Alamat: Kompleks Medan Suri Sungai Nibong, 11900 Gelugor, Penang
Nasi Kandar Beratur
Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, memang benar yang nasi kandar di sini membuatkan ramai pelanggannya sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakannya!
Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Jika anda lihat di Google Maps atau Waze, lebih mudah untuk anda menjumpainya.
Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Roti Canai Transfer Road
Tempat ini patut dikunjung untuk mereka yang mencari tempat makan sarapan yang menarik. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’. Melihat gambar rasanya sudah menceritakan betapa enaknya apabila makanan ini masuk ke dalam perut.
Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.
Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang
Imej via Foursquare
Kedai makan Idrus Ikan Bakar boleh dikatakan menarik untuk anda cuba. Menarik lagi, ianya terletak bersebelahan dengan ikan bakar Nurul yang tidak kurang terkenalnya.
Ada beraneka jenis lauk yang disajikan di sini. Semestinya ikan bakar menjadi pilihan ramai, jadi anda wajib mencubanya sendiri untuk mengetahui mengapa ianya begitu istimewa!
Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Kedai Nasi 7 Benua
Imej via Foursquare
Jika anda suka yang sedikit berwarna-warni, mungkin kedai inia anda boleh cuba. Nasi 7 Benua yang bewarna-warni. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.
Nama kedai ini bukan Kedai Nasi 7 Benua tetapi Koo Boo Cafe. Ia betul-betul tereletak bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE.
Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang
Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang
Imej via Foursquare
Tempat makan ini antara pilihan utama kami untuk singgah jika di Pulau Pinang. Kalau disebut dimana letaknya Ikan bakar Adnan Bin Hassan, mungkin sedikit kaget untuk mendapat info daripada orang ramai.
Tetapi jika anda sebut sahaja Ikan Bakar Teluk Tempoyak, fuh pasti ramai yang mengenali. Ianya betul-betul terletak di teluk tempoyak dan tepian pantai.
Gerai disini berbeza dengan konsep kedai ikan bakar yang lain. Mereka tidak bersaing antara satu sama lain. Hanya ada satu sahaja gerai ikan bakar. Jika anda ingin ambil pesanan air ataupun sotong goreng tepung, anda perlulah memesan daripada gerai yang lain.
Dibuka pada setiap hari bermula pukul 6 sehinggalah pukul 11.30 malam. Ianya ditutup pada setiap Isnin.
Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Nasi Kandar Line Clear
Satu lagi restoran yang cukup terkenal dengan nasi kandar – Nasi Kandar Line Clear! Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan!
Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. Anda juga boleh tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!
Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Originally Bangkok Tomyam
Ingin mencuba tomyam yang bukan sahaja enak, malah asli resepinya dan membuatkan anda seolah-olah merasai Tomyam di kota Bangkok sendiri? Restoran Originally Bangkok Tomyam ini wajib anda serbu!
Tomyam di sini ada tiga jenis iaitu Tomyam Po Thek yang menyajikan kuahnya sahaja, Tomyam Seafood dan Tomyam Campur. Saiz hidangannya yang besar menjadikan menu ini begitu mengeyangkan, anda wajib merasainya bersama masakan Thai yang lain!
Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Mee Kicap Masjid Bayan Baru
Asyik sebut tentang nasi kandar dan roti canai saja, makanan lain bagaimana pula? Usah gundah, kami yakin anda pasti menggemari menu-menu yang disediakan di Mee Kicap Masjid Bayan Baru ini.
Antara hidangan yang disediakan di sini ialah Mee Kari Ipoh, Mee Kicap dan Kuey Teow Kerang. Kesemuanya enak-enak dan digemari ramai, jadi pilihlah mana-mana yang anda suka!
Alamat: 2, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment