Thursday, April 4, 2019

Budaya Malaysia




kENALI BUDAYA MALAYSIA


Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.


Contohnya terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum. 

Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian. 

Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. 

Walaubagaimanapun, terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa. 

Tarian biasanya diiringi dengan muzik. 

Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.


Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek. 

Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. 

Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 

Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. 

Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, Kedah dan dialek Negeri Sembilan. 

Dialek yang ada dalam masyarakat Cina seperti Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow. 

Kaum India menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.

Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni. 

Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.


JENIS – JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA


  • Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor.
  • Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
  • Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.
  • Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.           

 TARIAN ZAPIN
 zapin


TARIAN  MAK YONG
  • Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional.
  • Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu.
  • Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

mak yong


TARIAN GAMELAN
gamelan
  • Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17.
  • Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.
  •  Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut.
  • Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

 TARIAN SUMAZAU
sumazau
  • Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.
  •  Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
  • Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.
  TARIAN NAGA
          naga   
  • Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
  • Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
  • Orang Cina selalu menyebut “Keturunan Naga” sebagai lambang identiti etnik.
  • Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
TARIAN IBAN
iban
  • Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.
  • Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.
  • Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.
  •  Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
TARIAN KIPAS
kipas
  • Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki.
  • Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.
  • Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai “Fung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.
TARIAN KATHAK
kathak
  • Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
  • Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud “seni bercerita” .
  • Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.
TARIAN BHARATA NATYAM
bharata
  • Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.
  • Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
  • Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.
TARIAN KUDA KEPANG
kuda kepang
  • Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam.
  •  Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.
  • Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka.
       
 
TARIAN ULEK MAYANG
ulik myang
  • Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendanggongbiola dan akordian .
  • Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut .
TARIAN INAI
inai
  • Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional.
  • Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana.
  • Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin.
  • Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan pertabalan diraja.
JENIS – JENIS ALAT MUZIK  KEBUDAYAAN DI MALAYSIA


GAMBUS
gambus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.Ia mempunyai 12 tali tangsi. 

Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung.

Lehernya ialah persambungan dari badannya.

Ia dipetik sama seperti bermain gitar.

Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah. 


SAPE

sape

Sape mempunyai empat utas tali. 

Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. 

Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap.Diperbuat daripada kayu. 

Badan sape berbentuk bujur dan panjang. 

Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi.

Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus.

Tali sape dipetik menggunakan jari.

  

REBAB

rebab

Alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu. 

Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri.

Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit.

Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala.

Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm.


GONG
gong

Gong ini diperbuat daripada besi.

Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. 

Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawak-tawak.

Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. 

Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.

Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung.


 CANANG

canang

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. 

Saiz canang kecil.

Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. 

Pada bahagian muka canang ada tombol kecil. 

Canang disusun di atas para khas dan dipalu. 

Pemalu canang diperbuat daripada kayu.


Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. 

Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. 

Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.


   KESI

kesi

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga. 

Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.

Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. 

Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. 

Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan.

Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.


BONANG CAKLEMPONG
bonang

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. 

Saiz caklempong kecil. 

Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin.

Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. 

Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas.

Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan.

Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.


MONG DAN KENUNG

mong

Mong diperbuat daripada perunggu.

Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas.

Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. 

Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak, wayang Jawa dan gamelan.



 GEDUK

geduk

Sejenis gendang yang mempunyai dua muka. 

Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau.

Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. 

Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. 

Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit.

Bahagian dalam temalang disebut lompang. 

Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. 

Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki.


 REBANA

rebana

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. 

Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik.

Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu cross rythmn.


 GENDANG SILAT
gendang silat

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.

Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau.

Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau.

Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.


 SERUNAI
serunai

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya.

Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. 

Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering.

Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai.

Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.


BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIADIALEK MASYARAKAT MELAYU :


Bahasa Melayu BakuApa khabar?Terima kasih
KelantanApo kaba?Trimo kaseh
MelakaApa kabau?Terima kasih
Negeri SembilanApo koba?Terima kasih
SarawakApa khaba?Trimak kaseh
SabahApa kabar?Tarima kasih

DIALEK MASYARAKAT CINA :
Bahasa BakuApa khabar?Terima kasih
KantonisLei hou ma?To che
HokkienLu ho bo?Kam sia
HakkaNi hao mao?Mn koi

DIALEK MASYARAKAT INDIA :
Bahasa Melayu BakuApa khabar?Terima kasih
TamilNalamaga irukkinrirkala?Nandri
MalayalamSugamthanne?Valare upagaram
TeleguKshemamaDhanya vadhalu

CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT


  • Generasi muda haruslah mengenali asal-usul sendiri.
  • Mengadakan kempen,ceramah,wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya.
  • Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional untuk mengembangkan budaya ini.
  • Menggalakkan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia.
  • Media massa tempatan perlu sentiasa menyiarkan tayangan yang berkaitan dengan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas.



No comments:

Post a Comment